Ahad, 8 Mac 2009
khutbah jumat syeikh mujir 13/2/2009
| Musibah yang menimpa rakyat palestian adakah satu ujian atau satu malapetaka kepada umat Islam?? Setelah hampir sebulan lama nya bumi pelestin ditumpahi darah para syuhada.apakah reaksi orang-orang Islam di serata pelusuk dunia??memboikot barang –barang Amerika dan Israel ,menutup embassy Israel di Negara masing,membuat tunjuk perasaaan dijalanan.perbincangan apakah yang harus dilakukan terhadaap Israel.apa kah ini yang di tuntut oleh agama kita,adakah sudah cukup sekadar itu saja. Peperangan yang menimpa rakyat palestin menunjukkan umat Islam pada zaman sekarang cukup lemah .kerana kita masih memerlukan bantuan dari musuh kita iaitu Amerika dan yang bersekutu dengan nya.jika difikirkan umat Islam adalah umat yang terbanyak sekal di muka bumi ini.kenapa kita masih takut dengan musuh-musuh Islam tersebut. Disini haruslah setiap umat Islam bersiap sedia dengan: 1. Memastikan keadaan diri berada didalam keadaan yang tertinggi didalam apa jua keadaan kerana did ala kita ada cahaya keimanan yang tiada didalam diri agama yang lain. Telah bersabda Allah Taala didalam al=quran : “ “ (al-imran-139) 2. Mengingat kan diri dengan seksaan,balasan dan ketakutan yang bakal menimpa jika murtad disebabkan kejatuhan yang menimpa Islam sekarang dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan terhadap agama Islam dengan tohmahan-tohmahan yang tidak benar oleh musuh-musuh Islam. 3. Meminta bantuan kepada Yang Esa,berlindung hanya kepada Nya saja,sesungguhnya Allah maha mengatur .lagi bijak sana .lagi maha berkuasa dari segala makhluk yang berada di alam semest ini,sesungguh nya Allah sahaja tempat kita mengadu dan tiada yang layak dari nya. 4. Memutuskan urusan dan belian dengan Israel dan Amerika dengan sepenuhnya,buka hanya sekadar cakap kosong sahaja,kerana ianya tidak membuahkan hasil jika sekadar omong –omong kosong, 5. Menyebarkan semangat kebangkitan Islam semula di dunia ini.kerana ianya perkara yang pasti yang dijanjikan oleh Allah,dan rasulnya. 6. Hubungan dan ikatan dengan pemikul kebenaran dan kesabaran,kerana manusia itu lemah jika ia berseorangan dan menjadi kuat jika ia berjuang bersaam saudara agama nya, Firman Allah: “ والعصر إن الإنسان لفي خسر إلا الذين آمنوا و عملوا الصلحت و تواصوا بالحق و توا صوا بالصبر “ (al-asr_1-3) Malapetaka yang menimpa palestin ni menyedarkan umat Islam dari tidur yang lama dan kelalaian yang panjang.supaya memperjuangkan agama Islam supaya tidak di tindas oleh musuh Islam,dan memastikan Islam itu sentiasa berada di martabat yang tinggi,dan tiada yang lebih tinggi daripada nya,ianya juga ujian kapada umat Islam sesungguhnya dunia ini hanya sementara,jangan bergantung harapan kepadanya,kerana apa yang umat Islam harus kejar ialah syurga yang dijanjikan oleh Allah, Akhir kata jika tiba seruan jihad,memanggil kita untuk berperang di palestin adakah kita sanggup menyahut seruan jihad itu,adakah kita yakin kemenangan yang dijanjikan oleh Allah walaupun dengan tiada senjata yang canggih dan bilangan tentera yang sedikit.cukup kah keimana yang berada didalam diri kita semua untuk menyambut seruan itu jika sudah tiba.persoalanan ini lah yang harus ditujukan kepada kita semua umat Islam .keraan tiada guna kita memboikot Israel dan memaki hamun Israel jika perkara yang palinh penting bagi umat Islam apabila agama Islam dihina dan di cerca kita tidak dapat mempertahankan nya.marilah kita mempersiapkan diri kita dengan bersembahyang dan berdoa moga- mogaan apabila seruan uhad tiba,kita menjadi orang pertama yang menyahut seruan tersebut, Saya tujukan risalah ini kepada diri saya dahulu ,dan umat Islam semua,moga-moga menjadi bimbingan kepada kita semua.kerana manusia itu tidak lari dari godaaan Syaitan. “Ya Allah lindungi lah hamba mu yang lemah ini,dan bantu lah hamba mua yang sedang berperang didalam mempertahankan agama mu ini .” Allahu akhbar Muhamad basil isharudin Suk sarijeh 14 safar 1430hijrah Rujukan: al-yahudi tahta majhar li syeikh ahmad muaz al-khatib al-hasani Khutbah syeikh muhamad mujir al-khatib alhasani. Label: khutbah jumaat |


Catat Ulasan