Isnin, 25 Januari 2010
| alhamdulillah ,selesai sudah pengajian takhrij al-hadis,syeikh muhammad mujir al-khatib ustaz kami di ma`ahad ameniah dan tahzib menyelesaikan daurah yang dimulai dari 1 safar 1431H pada hari sabtu dan di akhiri 6 safar 1431h khamis,daurah yang bertujuan untuk memudahkan pelajar untuk mengeluarkan hadis dari punca kitab dan kesahihan hadis ini mendapat sambutan ramai pelajar syariah,juga tidak melepaskan peluang masyarakat diDamascus ini juga,takhrij hadis yang biasa nya hanya diajar di ma`ahad ameniah dan tahzib telah dimasyhurkan dikalangan pelajar ma`ahad lain juga,ramai pelajar-pelajar lain tertanya-tanya kepada kitab apa yang akan digunakan pada daurah ini, syeikh hanya menjawab dengan ringkas: " apa yang kamu dengar dari aku pada daurah ini,kitab itu lah yang akan digunakan : .itulah syeikh mujir seorang yang tawaduk sikapnya, tidak ingin terkenal dengan kitab karangan nya " umliah " ,kitab ini digunakan untuk mengajar ma`ahad ameniah dan tahzib sahaja,kerana disitu sahaja buat masa ini syeikh mengajar,syeikh mungkin hendak menggalakkan pelajar-pelajar syariah pada zaman sekarang rajin menuntut ilmu,walaupun tiada kitab,takut dimana pada masa hadapan nanti tiada anak murid yang berlajar dari guru ke guru secara berhadapan.kerana ramai pelajar sekarang hanyarasa cukup sekadar pandai baca buku atau pun kitab tidak perlu merujuk kepada guru,kerana tradisi ini sudah tidak ada,kita payah untuk anak murid bersungguh mencari anak murig mencari guru untuk belajar sebuah kitab sekarang ,bahkan yang kita nampak ,ialah guru mencari anak murid untuk mengajar sebuah kitab,kkerbatan ilmu itu hanya dapat apabila kita merasa kepayahan untuk mendapatkannya,marilah kita tengok ulama` zaman dahulu seperti imam Bukhari ,Syafei dan lain-lain nya sanggup bermusafir berbatu-batu jauhnyahanya untuk memdapat sepotong hadis.telah berkata imam Auzaei " Ilmu ini adalah mulia , yang ditadah diantara ahli-ahlinya sahaja , maka apabila ilmu ini dikarang didalam buku ianya ditadah oleh bukan ahlinya " moga-moga ilmu syariah ini ini diteruskan oleh ahlinya,dan dilindungi kesuciannya.moga dipermudahkan pelajar yang menuntutya,dan dikuat kan keimanannya,dan panjangkan umur ustaznya,dan dilindungi orang yang memikul ilmu ini oleh malaikat, " hanya Allah maha berkuasa ,tiada yang berkuasa melainkan Nya " Label: p |
pengajian takhrijul hadis
Pengajian Syeikh Muhamad Mujir Al-khatib ,mengenai tahrijul hadis ,selama 6 hari.![]() ![]() ![]() Label: pengajian |




