mencari pengalaman di Britan

jom pi main salji sesi 2009...

sekarang salji tengah lebat...

dah masuk musim panas,tak payah dah pakai baju sejuk-2009...

selamat menunaikan umrah wajib pada 12/4.alhamdulillah ,syukur

persiapan untuk menghadapi periksa pada 9/5 ini...

azam baru sempena masuk tahun baru 1431 hijrah



pengajian migguan Syeikh Omar As-Shanukati setiap khmis.

pengajian di jami umawi setiap hari...

tasmi' quran setiap pagi dirumah syeikh aiman...

khutbah jumaat bersama syekh mujir...

pengajian hadis bersama syeikh bilal rifaei hari ahad selepas isyak.

pengajian kitab adabul fatwa,seleps jumaat bersama syeikh mujir,dimasjid dar al-hadis

Free Web Counter
Free Web Counter

Foto Saya
Nama:
Lokasi: flat sri sabah,cheras kuala lumper.tapi sekarang suk sarijeh.damascus syria, kuala lumpur, Malaysia

belajar tadika di tadika flat sri sabah - ma`ahad az-zafirah -maahad tahfiz at-tazkirah(1995-2001)-ma`ahad ameniah- syria(2001-2007)-takhasus fatah islami-syariah wa qanun(2007-20..)- semoga berjaya. sekarang masih menuntut lagi di Syria pada tahun 2. insyaAllah tahun 2012 habis.kalau tasmi` al-Quran habis.







Caerphilly castle

mencari hala tuju..

seharian

Maulid Nabi di Wales

London

Islam

first solat jumaat di cardiff

Cardiff

kubur ulama : ibin taimiah

alhamdulillah ,selesai sudah pengajian takhrij al-...





Januari 2009 Februari 2009 Mac 2009 April 2009 September 2009 Disember 2009 Januari 2010 Februari 2010 Januari 2011 Februari 2011 Mac 2011




Ashan
Jalan2 Syria
YB Zul



Harakah

utusan

berita harian

Ahad, 8 Mac 2009
kematian

mati itu pasti,dan ianya tidak boleh kita elak kan ,maka bersedia lah untuk menghadapinyadengan ibadah.moga-moga kita mudah menghadapinya

Label:

last gone to syria

jom jalan-jalan kat syria.pasar yang yang berada didalam sejarah dunia dan tertua didunia.berdekatan dengan jamie` umawie

Label:

makam habil-datuk moyang kita semua

bersama sahabat dimakam habil iaitu anak nabi adam alaihisalam

Label:

maahad ku tepi kubur

ma`ahadsyeikh badrudin adalah bersebelahan dengan kubur muhaddis al-kabir syeikh badrudin al-hasani

Label:

maahad lama aku

disini aku graduate 2008,inaalah ma`ahad yang berjaya mendidik aku.dan menjadikan aku orang yang berguna,terima kasih kepada syeikh - syeikh yang tidak jemu menegur dan mendidik aku

Label:

ambil gambar

gambar ku ketika mengambil gambar teman0teman ku

Label:

menara putih

dibelakang ialah mnara putih,dimana hadis nabi mengatakan akan turun nya nabi Isa disini.yang ianya menunjukakan tanda-tanda kiamat

Label:

bertapa
SEBAIK-BAIK PEMUDA DIKALANGAN ANDA
“ Sebaik-baik pemuda dikalangan kamu ialah sesiapa yang menyerupai orang-orang tua dikalangan kamu dan sebaik-baik orang tua dikalangan kamu ialah sesiapa yang menyerupai orang-orang muda dikalangan kamu “
Soalan : Adakah kata-kata di atas merupakan hadis nabi s.a.w ?? jika benar ia adalah hadis nabi s.a.w , apakah maksudnya
Jawapan : Saya pernah mendengar bahawa kata-kata tersebut adalah hadis Nabi s.a.w .
Maksudnya ialah :
“ sesungguhnya sebaik-baik pemuda ialah mereka yang tidak terlalu tenggelam di dalm kealpaan dengan melupakan Allah swt,Bahkan mereka sentiasa mengingati kematian sebagaimana diingati oleh golongan-golongan tua,Lalu mereka berusaha keras untuk memakmurkan akhirat mereka dengan membebaskandiri daripada ikatan dan runtuhan hawa nafsu muda mereka “
Saya pernah menggantungkan diatas kepala saya sepotong kayu yang mengandungi suatu kata-kata hikmat .saya melihatnya pagi dan petang dan saya memperolehi pengajaran daripadanya ,kata-kata hikmat itu ialah :
“ jika anda mahukan seorang wali ,maka cukuplah Allah menjadi wali buat anda “
Ya! Jika Allah adalah wali anda ,maka segala sesuatu menjadi kawan anda.kerana dengannya ,anda hidup bersama para nabi dan malaikat yang merupakan sebaik-baik teman.jika anda mahukan harta ,maka cukuplah parasan qana`ah (berpada dengan apa yang ada ) menjadi khazanah kekayaan anda.
Ya!seseorang yang memiliki qana`ah akan sentiasa berjimat cermat dan orang yang berjimat cermat akan memperolehi keberkatan.
Jika anda mahukan seorang musuh ,maka cukuplah diri anda sebagai musuh,kerana seorang yamg merasa kagum dengan diri nya sudah pasti akan melihat musibah dan dikenakan bala,sedangkan orang yang tidak merasaa kagum dan sombong dengan dirinya akan mendapati kegembiraan ,kerehatan dan kerahmatan.
Jika anda mahukan seorang pemberi nasihat ,maka cukuplah kematian sebagai pemberi nasihat.
Sesungguhnya ,sesiapa yang mengingati kematian akan selamat daripada cintakan dunia dan akan berusaha untuk akhiratnya dengan bersungguh-sungguh.

Sekian………………………………………………………………Wallahu a`lam
Rujukan : panduan para pemuda oleh said nursi

Label:

Ringkasan Khutbah jumaat Syeikh Muhamad Mujir Al-khatib 20/2/2009 di Jamie` Dar Al-hadis Assyarif.
Bismillahirrahmanirrahim
Persoalan yang sering diutarakan dan mempunyai banyak jawapan yang diberikan dari setiap pihak ,tak kira dari pemikir islam atau pendakwah bebas.semua nya mempunyai jawapan yang berbeza tentang persoalan tersebut,soalan itu : bagaimanakah kembalikan kegemilangan Islam kedunia ini ??? atau bagaimana membangkitkan semula syiar Islam ???
Jawapan bagi persoalan ini sebenarnya mudah sahaja.dan ianya sudah tertulis didalam al-Quran.didalam surah al-Anfal ayat 26-30:
Ertinya : “ 26-Dan ingatlah ketika kamu sedikit bilangannya serta tertindas dibumi,kamu takut orang-orang menangkap dan melarikan kamu,maka Allah member kamu tempat bermustautin dan diperkuatkan Nya kamu dengan pertolongan Nya ,serta dikurniakanNya kamu dari rezeki yang baik-baik ,supaya kamu bersyukur.
27-Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengkhianati ( amanah ) Allah dan RasulNya ,dan ( janganlah ) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu,sedang kamu mengetahui ( salahnya ).
28- Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya disisi Allah jualah pahala yang besar.
29-Wahai orang-orang yang beriman.jika kamu bertaqwa kepada Allah ,nescaya ia mengadakan bagi kamu ( pertunjuk ) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah ,dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu,serta mengampunkan ( dosa-dosa ) kamu .dan Allah ( sememangnya ) mempunyai limpah kurnia yang besar.
Salami lah makna yang tersirat didalam ayak ini
InsyaAllah jika di izinkan saya akan menghuraikan lagi khutbah ini

Label:

keyakinan terhadap ISLAM
Keyakinan terhadapa agama Islam.
Bismillah hirrahmanirrahim.
Keimanan dan keyakinan kita terhadap agama islam????setakat manakah ia??adakah hanya sekadar dimulut atau dihati.ada kah kita pernah terfikir sejenak ,apabila kita melakukan sesuatu yang memerlukan keyakinan kepada agama kita.adakah kita benar2 yakin yang Allah akan membantu kita dalam membuat perkara tersebut ,adakah kita masih tidak yakin dengan pertolongan Allah???dimanakah sifat tawakal kita yang diajar oleh agama kita terhadap umat nabi Muhammmad sallallahualaihiwasallam.tinggi manakah sikap tawakal kita ???jika kita masih memerlukan kepada pertolongan selain berdoa kepada Allah dimanakah sifat keimanan kita pada pertolongan Allah kepada kita.
Disini cuba kita ukur sifat keimanan kita,contoh : berjihad perlukah tentera Islam memiliki angka tentera yang banyak untuk mengalahkan musuh islam baru kita mula perang atau apa bila telah tiba seruan mengajak kita berjihad maka berlumba2 lah kita utk berjihad tanpa mengira angka tenera kita?? Perkara ini kita boleh merujuk kepada kisah Rasullullah pada ketika Baginda diperang badar ,kita tengok adakah Baginda menunggu kepada bilangan tentera yang mencukupi baru lah bagin da berperang,tidak ,disini baginda hanya lah 312 muslim sahaja untuk memerangi bilangan musyrikin pada ketika itu ialah sebanyak 1000 orang.disini kita dapat menilai tahap keimanan Muhammmad sallallahualaihiwasallam terhadap pertolongan Alalh terhadapa tentera Islam pada ketika itu.
Sekarang kita perhatikan parti pas apabila hendak mendirikan Negara Islam kenapa memerlukan pertolongan dari parti yang bukan Islam untuk membantu pas mendirikan Negara Islam .dimanakah keimanan kita???firman Allah di dalam al-quran :
و من يتق الله يجعله مخرجا
Pernah kita mendalamai makna ayat ini dan beramal dengan nya,dimanakah sifat kita sebagai seorang Islam???yakin lah kita kepada Allah sesungguhnya Ianya maha berkuasa lagi maha bijak sana disalam pencaturan nya di alam semesta ini.yakin lah terhadap islam walaupun dengan bilangan yang sedikit pasti Allah akan membantu walau bagai mana pun caranya sekalipun.yang penting kita berusaha dengan tidak terpesong niat dan melanggar syariat dan terpesong matlamat sebenar kita.
Tidak lah diharuskan segala wasilah
Untuk menuju kepada sebarang matlamat
Kerana bantuan Allah itu dating did ala bentuk yang tidak dapat kita bayang kan,utk menanam kan sifat keyakinan yang sepenuh nya kepada Allah , haruslah kita bersolat tahajud,qiamullail ,istikharah ,berdoa dan sentias lah menunjuk pertolongan dari Allah, supaya tidap terpesong hati kita dari niat yang sebenar dan diragukan hati kita dengan godaan Syaitan.

Muhamad basil isharudin
suk sarijeh,
baru pulang dari halab
membawa encik zulkifli nordin dan abg zulkifli computer
1.40 pagi.jumaat
1430 hijrah 11 safar
2009masihi 02/06


Wassalam
Sesungguhnya aku berlindung kapada Mu dari godaan syaitan dan azab api neraka

Label:

khutbah jumat syeikh mujir 13/2/2009
Musibah yang menimpa rakyat palestian adakah satu ujian atau satu malapetaka kepada umat Islam??
Setelah hampir sebulan lama nya bumi pelestin ditumpahi darah para syuhada.apakah reaksi orang-orang Islam di serata pelusuk dunia??memboikot barang –barang Amerika dan Israel ,menutup embassy Israel di Negara masing,membuat tunjuk perasaaan dijalanan.perbincangan apakah yang harus dilakukan terhadaap Israel.apa kah ini yang di tuntut oleh agama kita,adakah sudah cukup sekadar itu saja.
Peperangan yang menimpa rakyat palestin menunjukkan umat Islam pada zaman sekarang cukup lemah .kerana kita masih memerlukan bantuan dari musuh kita iaitu Amerika dan yang bersekutu dengan nya.jika difikirkan umat Islam adalah umat yang terbanyak sekal di muka bumi ini.kenapa kita masih takut dengan musuh-musuh Islam tersebut.
Disini haruslah setiap umat Islam bersiap sedia dengan:
1. Memastikan keadaan diri berada didalam keadaan yang tertinggi didalam apa jua keadaan kerana did ala kita ada cahaya keimanan yang tiada didalam diri agama yang lain.
Telah bersabda Allah Taala didalam al=quran : “ “ (al-imran-139)
2. Mengingat kan diri dengan seksaan,balasan dan ketakutan yang bakal menimpa jika murtad disebabkan kejatuhan yang menimpa Islam sekarang dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan terhadap agama Islam dengan tohmahan-tohmahan yang tidak benar oleh musuh-musuh Islam.
3. Meminta bantuan kepada Yang Esa,berlindung hanya kepada Nya saja,sesungguhnya Allah maha mengatur .lagi bijak sana .lagi maha berkuasa dari segala makhluk yang berada di alam semest ini,sesungguh nya Allah sahaja tempat kita mengadu dan tiada yang layak dari nya.
4. Memutuskan urusan dan belian dengan Israel dan Amerika dengan sepenuhnya,buka hanya sekadar cakap kosong sahaja,kerana ianya tidak membuahkan hasil jika sekadar omong –omong kosong,
5. Menyebarkan semangat kebangkitan Islam semula di dunia ini.kerana ianya perkara yang pasti yang dijanjikan oleh Allah,dan rasulnya.
6. Hubungan dan ikatan dengan pemikul kebenaran dan kesabaran,kerana manusia itu lemah jika ia berseorangan dan menjadi kuat jika ia berjuang bersaam saudara agama nya,
Firman Allah: “ والعصر إن الإنسان لفي خسر إلا الذين آمنوا و عملوا الصلحت و تواصوا بالحق و توا صوا بالصبر “
(al-asr_1-3)
Malapetaka yang menimpa palestin ni menyedarkan umat Islam dari tidur yang lama dan kelalaian yang panjang.supaya memperjuangkan agama Islam supaya tidak di tindas oleh musuh Islam,dan memastikan Islam itu sentiasa berada di martabat yang tinggi,dan tiada yang lebih tinggi daripada nya,ianya juga ujian kapada umat Islam sesungguhnya dunia ini hanya sementara,jangan bergantung harapan kepadanya,kerana apa yang umat Islam harus kejar ialah syurga yang dijanjikan oleh Allah,
Akhir kata jika tiba seruan jihad,memanggil kita untuk berperang di palestin adakah kita sanggup menyahut seruan jihad itu,adakah kita yakin kemenangan yang dijanjikan oleh Allah walaupun dengan tiada senjata yang canggih dan bilangan tentera yang sedikit.cukup kah keimana yang berada didalam diri kita semua untuk menyambut seruan itu jika sudah tiba.persoalanan ini lah yang harus ditujukan kepada kita semua umat Islam .keraan tiada guna kita memboikot Israel dan memaki hamun Israel jika perkara yang palinh penting bagi umat Islam apabila agama Islam dihina dan di cerca kita tidak dapat mempertahankan nya.marilah kita mempersiapkan diri kita dengan bersembahyang dan berdoa moga- mogaan apabila seruan uhad tiba,kita menjadi orang pertama yang menyahut seruan tersebut,
Saya tujukan risalah ini kepada diri saya dahulu ,dan umat Islam semua,moga-moga menjadi bimbingan kepada kita semua.kerana manusia itu tidak lari dari godaaan Syaitan.
“Ya Allah lindungi lah hamba mu yang lemah ini,dan bantu lah hamba mua yang sedang berperang didalam mempertahankan agama mu ini .”

Allahu akhbar



Muhamad basil isharudin
Suk sarijeh
14 safar 1430hijrah


Rujukan: al-yahudi tahta majhar li syeikh ahmad muaz al-khatib al-hasani
Khutbah syeikh muhamad mujir al-khatib alhasani.

Label: