Rabu, 2 Mac 2011
Caerphilly castle
masa nak pergi makan malam dirumah kawan abg risz,kawasan nie cantik ,baru dibangun kan sejak 15 tahun dahulu,asal nya kawasan perladangan... Label: bersiar-siar |
Selasa, 1 Mac 2011
mencari hala tuju..
Ini adalah perjalanan kedua aku yang jauh,ke bumi Liecester dan Markfield ( MIHE ) . selama aku berada di bumi Uk ini,tujuan perjalanan ini ialah untuk melihat tempat belajar,dimana kemungkinan besar aku akan sambung master aku di bumi ini ,alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar,ramai yg aku jumpa,izzam,kak nor,doktor oji,abg najmi,abdullah,nadem dan ramai lagi. MIHE tempat belajar yang bagus,tenang , relax ,pandangan yang hijau,sunye.dikawasan pendalaman,ianya tempat yang sesuai bagi sesiapa mencari kedamaian ,terutama pelajar agama. MIHE menyediakan 3 kuliah buat masa ini,islamic bank,islamic studies,dan tarbiah kalau tak silap aku satu lagi.di peringkat master dan PHD, tapi bagi aku ,solat dan doa amat diperlukan pada ketika ini,kerana hati aku masih di SYRIA..tempat yang banyak memimpim aku dalam pengajian ISLAM dan menjadi seorang MUSLIM yg sebenar... Label: islam. |
Isnin, 21 Februari 2011
seharian
Label: bersiar-siar |
Maulid Nabi di Wales
Alhamdulillah ..aku diberi kesempatan untuk menyambut hari yang mulia,iaitu hari maulid nabi muhammad sollallahu alaihi wasalla,walaupun aku berada di wales,tidak ku sangka ianya sebegini meriah ,terutama apabila ada bacaan burdah,zikir dan nasyed oleh teman-teman dari pelbagai negara,yaman ,sudan,syria,pakistan.alhamdulillah , semga ianya menjadi penyatu dan penguat di kalangan masyarakat muslim disini.semoga ianya mendatangkan keberkatan dibumi ini,dan seterusnya mengubah negara ini kepada negara Islam yang mengikuti landasan Islam yang sebenar.. wallahu ta`ala a`lam.. Label: islam. |
Jumaat, 11 Februari 2011
London
Masih cuba mengenal cara kehidupan masyarakat di sini lagi.terutama muslime life.semoga ianya membuat aku lebih matang lagi. Label: pengalaman |
Islam
Sudah masuk minggu ketiga aku berada di Uk,banyak yanng dapat aku pelajari,terutamanya muslim live kat sini,amat menakjubkan ,terutama nya dalam bab solat di masjid,disini kerajaan Uk tidak membenarkan azan dilaungkan melalaui pembesar suara,tetapi apabila sudah sampai nya waktu solat,semua orang pergi masjid utk solat,bahkan kadang-kadang masjid tu hampir penuh,berbeza dengan negara Islam,dimana azan dilaungkan,bahkan ada yang tidak menjawab azan lagi.itu belum yg tidak pergi solat dan kadang-kadang terlambat solat,atau pun menjama` terus solat di antara 2 waktu , Astagfirrullahalazim.. kita hanya mampu berdoa.. 10.00 pagi jumaat 8 rabiul awal 1432h 11/2/2011m Label: pengajaran |
Jumaat, 28 Januari 2011
first solat jumaat di cardiff
alhamdulillah. hari ini ada lah minggu pertama aku mendirikan fardhu jumaat di bandar Cardiff,masjid yang aku pergi nie ialah sebuah bekas gereja,aku mendapat tahu tentang masjid nie dari saudara nasrul,salah seorang student disini yang mengambil kon enginering,abng nasrul mengatakan kebanyakan masjid disini dibeli banggunan ,samada banggunan itu ialah rumah kedai atau gerja,hinggakan kerajaan britain terpaksa membawa keluar undang yang baru supaya gereja tidak bolih ditukar kepada masjid,kerana perkara ini telah berlaku meluas di sekitar britain,ini ada perkara yang bagus untuk memperbanyak kan Rumah Allah,supaya sinar Islam terus menyinari bumi britain ini.... Label: Cardiff |
